(Video) Wanita Maut 'Ditelan' Eskalator, Sempat Selamatkan Anak


Beijing: Seorang ibu sempat menghulurkan anaknya kepada orang lain sebelum maut akibat ‘ditelan’ eskalator apabila penutupnya tiba-tiba terbuka di pusat beli belah di Jingzhou, Huabei Sabtu lalu.

Xiang Liujuan, 30, pada mulanya memegang anaknya sambil menaiki eskalator, menurut laporan Wuhan Evening News.

Bagaimanapun, apabila Xiang melangkah dari eskalator itu, penutup eskalator yang dipijaknya tiba-tiba terbuka.

Ketika itu, Xiang sempat menolak anaknya ke depan dan seorang pembantu kedai berhampiran mengambil kanak-kanak itu ke tempat selamat.

Malangnya, eskalator itu terus bergerak dan beberapa saat selepas itu, Xiang hilang ‘ditelan’ mesin eskalator.

Seorang lagi pekerja cuba menariknya keluar namun gagal.

Anggota bomba mengambil masa lebih empat jam memotong bahagian eskalator itu dan menemui mayat Xiang.

Menurut laporan akhbar itu, sumber mendakwa pekerja terlupa memasang semula penutuk eskalator itu dengan betul selepas kerja penyelenggaraan.

Kejadian ini antara topik utama di perkhidmatan Sina Weibo dan video itu ditonton 6.6 juta orang. - AFP


- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/66511#sthash.rElK2Iqh.dpuf



Takziah kepada keluarga mangsa.

Kadang-kadang seram juga apabila memikirkan yang maut menanti di mana-mana. Si anak mungkin akan trauma seumur hidup, walaupun sekarang ini masih kecil, terutama kerana video telah viral di internet. Itulah kali terakhir si anak bersama ibu tersayang.


Pusat beli-belah harus memastikan setiap aspek di dalam bangunan selamat untuk pengguna. Di Malaysia pun berapa banyak kejadian yang telah kita dengar? Berapa banyak kemalangan nyawa dan juga kecederaan yang berkaitan eskalator terutamanya? Baru-baru ni seorang budak cedera kerana tersepit di eskalator. Sebelum ni budak jatuh ke tingkat bawah.

Kalau ikutkan berita dan siasatan awal, tragedi di atas berpunca daripada kecuaian pekerja yang tidak memasang penutup dengan betul. Saman, jangan tak saman.

Video menunjukkan rakaman CCTV kejadian, di mana wanita itu jatuh, sempat menolak anak kepada pekerja yang melihat dan kemudian hilang 'ditelan' mesin eskalator yang bergerak. 

Video agak ngeri jadi watch at your own risk!




Latest
Previous
Next Post »