Ini adalah kisah tentang Lisa yang ditulis oleh seorang kanak-kanak.
Tapi AWAS!
Jangan baca waktu malam atau sewaktu keseorangan sebab cerita ini akan buat mental dan emosi anda terganggu akibat keseraman yang melampau!
Kalau anda pasti anda berani, jom, teruskan membaca ;)
Saya masukkan sekali translation bahasa melayu tapi maaf kalau translation hancur hehe.
1. INI IALAH LISA
Ini Lisa. Dia ialah kawan saya. Mak dan ayah tak nampak dia jadi mereka cakap dia cuma khayalan. Lisa ialah kawan yang baik.
2. TANAM BUNGA
Hari ini saya cuba tanam bunga di halaman. Saya cuba tanam di dalam kotak pasir tapi Lisa cakap di situlah tempat ayahnya tidur jadi saya tanam bunga dalam cawan berisi tanah.
3. LISA DI SEKOLAH
Lisa berada di sekolah bersama saya hari ini. Saya bawa untuk 'show and tell' tapi Mrs. Monroe marah kerana dia tak boleh nampak Lisa. Lisa sedih jadi dia sembunyikan pemadam papan hitam.
4. PARTI HARI JADI SAYA
Semalam ialah parti harijadi saya. Mak belikan pizza tapi tiada siapa pun datang. Lisa cakap tetamu datang di anjung dan kemudian pulang. Tapi mereka tinggalkan hadiah. Saya dapat 3 patung Barbie dan beberapa pasang kasut dan 5 dollar. Saya dan Lisa bermain patung Barbie bersama.
5. MRS. DIGMAN
Mrs. Monroe tidak hadir hari ini. Cikgu ganti ialah Mrs. Digman. Dia cantik dan baik dan beri kami masa rehat selepas menulis diari. Saya harap Mrs. Digman kekal jadi cikgu kami.
6. LISA HILANG
Semalam Lisa dan saya berjalan sehingga bulan timbul. Ayah marah sangat dan cakap Lisa ialah bodoh dan khayalan. Lisa jadi sedih dan hilang. Hari ini dia tak datang ke sekolah tapi Mrs. Digman cakap Mrs. Monroe tak akan kembali.
7. SAYA SUKA PUDING
Semalam ayah bekerja sepanjang hari. Ayah tak balik pun untuk makan malam. Hari ini pun dia masih bekerja. Mak bungkuskan puding sebagai bekal ke sekolah hari ini. Puding ialah kegemaran saya.
8. SAYA RINDU LISA
Saya rindu Lisa. Ayah sibuk dengan kerja. Dia tak balik pun minggu ini. Mak marah dekat ayah. Saya akan tulis surat kepada Lisa.
9. SURAT UNTUK LISA
Kepada Lisa, saya rindu awak. Pulanglah. Saya minta maaf sebab ayah marah. Awak kawan baik saya.
10. KEPULANGAN LISA!
Semalam Lisa pulang. Dia cakap dia minta maaf kerana menghilangkan diri dan saya beritahu ayah tak akan pulang. Lisa cakap Mrs. Monroe dan ayah sedang tidur macam ayah dia. Saya harap mereka bangun nanti.
----
Amacam?
Best tak cerita tentang Lisa?
Seram tak?
Hati-hati jika anak anda mula bercerita tentang rakan khayalan mereka. Mungkin mereka juga mengenali rakan seperti Lisa ;)
1 comments:
Write commentsHow to Get to the casino by Bus: PayNearMe (Google Maps)
ReplyWhat's more, 축구 중계 해외 사이트 유니 88 you can choose from more 피나클 than 50 룰렛돌리기게임 gaming options, from live dealer games 마틴 게일 to table games such as blackjack, 토토사이트모음 roulette,
EmoticonEmoticon