(Video) Bakal Pengganti Kiki CDM? Amukan Puaka Berjemaah Gadis Myvi!

Hari ini tersebar satu video yang berdurasi 1:02 minit di mana satu kes kemalangan berlaku di Shah Alam dan entah apa sebabnya, beberapa orang perempuan dilihat mengamuk tak tentu pasal.

Teringat kes Kiki CDM.

Tetapi kali ini bukan seorang sahaja, tetapi ramai yang terlibat. Nampaknya mereka semakin ganas. Kalau dulu Kiki menggunakan steering lock, tapi salah seorang gadis di dalam video telah melepaskan satu penampar/penumbuk sulung.

Mungkin dia seorang ahli gusti.

"Talipon aku mahal tau. Talipon aku mahal." - mangsa.

Lepas ni, boleh pihak TV dan radio panggil interview ya?

Saya pernah terhentam bontot kereta teksi yang berhenti secara mengejut. Mujurlah si pemandu teksi orangnya pendiam. Jadi saya pun tak sampai hati nak marah. Cuma mampu menangis kereta Myvi baru dah kemek. Tetapi...sebagaimana remuk hadapan kereta Myviku, begitulah juga remuk hatiku. Huhu.



Amukan Puaka Secara Berjemaah
Tu diaa.. Perempuan zaman sekarang garang-garang sungguh. Kejadian berlaku di Shah Alam. Apalah sebabnya ya melenting sampai macam tu sekali.
Posted by Oh! Media on Monday, March 30, 2015


UPDATE CERITA SEBENAR:

Pihak Oh! Media telah mengupload video yang telah di-edit dan dicantum dari tiga video berlainan menunjukkan kejadian sebenar yang telah berlaku sebelum kejadian video di atas yang tersebar. Nampaknya yang mula-mula mengganas adalah pemandu teksi.

Memang teksi memang kebanyakkannya perangai macam... hehe. Tetapi mungkin juga ada perkara lain yang terjadi sebelum itu yang menyebabkan pemandu teksi tu mengamuk. Wallahualam.

Cerita penuh berserta gambar boleh dilihat di website Oh! Media.

UPDATED VIDEO:

Video Penuh Amukan Gadis Myvi Di Shah Alam
Ini adalah gabungan 3 video eksklusif yang kami terima termasuk dari lensa kamera telefon kumpulan wanita berkenaan. Artikel lengkap tentang apa sebenarnya yang berlaku boleh anda baca di http://www.ohmedia.my/2015/03/sambungan-video-amukan-gadis-myvi-di-shah-alam.html
Posted by Oh! Media on Monday, March 30, 2015

Previous
Next Post »