Sejak dua tiga hari lepas, penduduk Ipoh digemparkan dengan berita bahawa tulang BABI digunakan dalam kuah kari di gerai mee kari Merdeka Garden. Gerai ini yang terletak di Jalan Labrooy memang terkenal di kalangan warga Ipoh, terutamanya warga Cina dan juga Melayu.
Menurut satu status update, gerai tersebut dikatakan telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Perak dan telah mengesahkan bahawa gerai tersebut menggunakan tulang babi di dalam kuah kari dan telah disahkan tidak halal.
BETUL KE?
Gerai ini terletak di kawasan perumahan saya. Jadi, kerana inginkan pengesahan, saya sendiri bertanyakan mengenai hal ini kepada tuan empunya gerai.
Menurut seorang pekerja Melayu di situ dan juga tuan empunya premis tersebut, gerainya TIDAK PERNAH diserbu oleh Jabatan Agama Perak dan dia TIDAK menggunakan tulang babi di dalam kuah karinya. Benar atau tidak, wallahualam. Tetapi berita ini ialah satu khabar angin atau fitnah yang sudah lama tersebar.
Persoalannya sekarang, adakah ini fitnah untuk menjatuhkan perniagaan orang?
Bagaimana dan dari mana individu asal yang mengeluarkan statement di atas dapat info sedangkan tiada serbuan pernah dibuat? Dari mana datangnya 'fakta' tentang tulang babi sedangkan kajian tidak pernah dibuat?
Hasad dengki? Bunyinya sama seperti kes restoran Vanggey dulu yang dikatakan telah diserbu polis dan menjumpai najis manusia di peti simpanan makanan. Status fitnah tersebut berbunyi:
"Polis baru saja menyerbu restoran vanggey (nasi ganja) % mendapati terdapat 'najis manusia' di dlm peti simpan mknn yang dipercayai untuk salut periuk dgn tujuan ilmu penunduk (ilmu hitam)...patutlah restoren tu x penah kekeringan manusia..apa yg sdp sgt pon x tau lah..euww lah patutlah aku x berkenan!."Jangan ada perasaan hasad dengki. Ya, memang gerai Mee Kari Merdeka Garden sangat maju. Setiap malam penuh dengan pelanggan. Diakui mereka juga tidak ada status halal tetapi bukan semua peniaga non-Muslim tidak peka dengan halal haram.
Gerai Melayu tidak menjamin 100% halal dan bersih. Ada gerai lain berdekatan yang langsung tidak menjaga kebersihan. Banyak kali makanan yang dibeli sudah masam dan basi sehingga saya mengalami keracunan makanan teruk. Tidak perlulah saya nyatakan gerai mana.
Jika was-was, elakkan tetapi kita tidak ada hak untuk menghalang orang lain untuk makan, apatah lagi memfitnah. Kenapa restoran-restoran besar tidak pernah dipersoal seperti TGI Fridays, Tony Roma's, Chilis, etc.?
Tahukah anda satu ketika dulu, TGIF pernah diserbu dan didapati daging steak dimasak dengan arak tetapi LOGO HALAL dipamerkan bersebelahan dengan makanan tersebut? Arak diminum terang-terangan, rokok haram dihisap berkotak-kotak, bersentuhan, berpelukan dengan bukan mahram tetapi tidak kecoh... apabila dengar pasal BABI, semua jadi holier-than-thou...
Apakah babi sahaja yang haram? Fikir-fikirkanlah...
2 comments
Write commentsAssalamualaikum wbt. Perkara ini sudah selesai sebenarnya. Saya mohon admin delete post ini.
ReplyCopy-paste dari page Daily Traffic Report:
#DTrSemasa #DTR #DTrWasapNo01112551439
Susulan mengenai MEE KARI MERDEKA GARDEN IPOH PERAK.
Pihak kami telah berbincang melalui inbox fb.
~Saya (Admin),
~Anak saudara peniaga tersebut (Ustaz Hafiz Bahagian Dakwah JAIPk) dan
~En. Mohd Faizal (yang menghubungi JAIPk (Jabatan Agama Islam Perak) yang menghubungi Pejabat Agama Negeri Perak pukul 12 tengah hari 25/03/2015 .
Mengikut kenyataan Ustaz Hafiz
"Jabatan Agama Islam Perak tak pernah buat operasi dan anak saudaranya yang beragama Islam pun tak pernah cakap ada tulang babi dalam mee karinya, ini adalah maklumat palsu"
Tambahan Ustaz Hafiz lagi.. "Kalau ragu, baik kita tinggalkan.. cari makanan lain"
Jadi dengan ini kami di pihak DTr dan En Mohd Faizal memohon MAAF atas kenyataan di atas (Kami telah buat update sebelum ini di dalam post tersebut).
The Coin Casino Review 2021 | CasinoWow
ReplyRead our 샌즈카지노 review of The Coin Casino and find out everything you 1xbet need to know about the site and welcome bonus 인카지노 offer. Coin Casino FAQs. In-Depth Analysis.
EmoticonEmoticon