GST: Syarikat Telekomunikasi Dikehendaki Kekalkan Harga Top-Up!

Dalam bulan ini kita dengar tak lain tak bukan harga barang naik dan persediaan untuk menghadapi kedatangan GST bulan April ni. Salah satu berita yang mengejutkan ialah apabila harga kad prabayar/top-up telefon pun bakal dikenakan GST!

Maxis telah pun mengeluarkan surat berserta harga baru kad prabayar selepas dikenakan GST.


Tetapi, ingat tak apa Ahmad Maslan pernah cakap satu ketika dahulu? Rakyat berpendapatan rendah tidak perlu bimbang kerana GST hanya untuk orang kaya sahaja. Barang pula akan turun. 


Tapi sekarang? Setiap hari kita dengar kenaikan harga barang. Bukan sahaja golong pendapatan sederhana dan rendah yang kena, tapi remaja sekolah dan pelajar kolej serta yang menganggur pun akan kena juga! 

Baru semalam kita dengar semua tiket dan caj pengangkutan awam termasuk komuter, bas, teksi juga mengalami kenaikan harga 20%-60%, dan bukan kerana GST (kerana GST tidak dikenakan ke atas pengangkutan awam) atau minyak naik (masih lagi rendah pada harga RM1.95 buat masa ini).

Tetapi berita baik buat pengguna kad prabayar, satu surat telah dikeluarkan dimana syarikat telekomunikasi diarah untuk mengekalkan harga kad prabayar.



KENALI GST


Kita sebagai pengguna perlu peka dan jika terjumpa mana-mana pihak yang masih mengenakan caj lebih untuk kad prabayar, sila buat aduan kepada kastam.

Dan sebelum membeli barang, pastikan anda tanya dahulu jika premis itu mengenakan GST atau tidak, dan jika ya, pastikan anda minta resit. Di dalam resit ada tertera ID GST dan syarikat yang berdaftar sahaja dibenarkan caj GST.



GST ini bagaikan mimpi ngeri kita semua sebagai pengguna, terutama yang berpendapatan rendah dan harap-harap ianya satu gurauan APRIL FOOL dan GST bakal dimansuhkan segera.

Previous
Next Post »